1.10.14

Pertama @ Terakhir


Menjadi orang yang pertama ucapkan Selamat Hari Lahir kepada orang yang kita sayang, orang yang rapat dengan kita. Itu memang normal rasanya. Dari dulu sampai sekarang, tepat je pukul 12 tengah malam, henfon dah kat tangan. Ye la. Nak mesej wish hepi befday kannn. Sampaikan ada jugak bila esoknya befday si polan, tapi mata dah ngantuk, siap mesej awal-awal wish befday. Punya la nak jadik orang pertama. Berebut kot dengan yang lain takut diorang jadik orang pertama.

Nak dipendekkan cerita, itu duluuuuu punya cerita sampailah satu hari aku dapat tahu sebenarnya ada orang lain yang lebih istimewa yang tak pernah gagal walaupun untuk satu tahun menjadik orang pertama yang akan wish befday. Sejak dari hari tu, perasaan teruja nak jadik orang pertama memang dah lenyap terus dah. Sampaikan aku rasa jadik orang terakhir pun sama je pergi dia. 

Tapi bila fikir-fikir balik, jadik orang terakhir ni best apa. Kan? Dah tak ada lagik orang yang hadir dalam hidup orang yang kita sayang selepas kita.

Tapi jujur aku cakap, perasaan cemburu dengan yang pertama, kedua mahupun ketiga yang hadir dalam hidup orang yang kita sayang tu tetap ada. Gila apa tak cemburu. Monyet pun reti cemburu kalau engko nak tahu.

Tapi orang cakap yang pertama ni memang dia punya perasaan tu lain macam sikit. Pesen makan masa kalau nak move on. Hmmmmmm

2 comments:

Anonymous said...

r.e.p.a.n.

lalink7 said...

putus chenta ke dik? saboo yee