16.11.14

Tabiat

Kita manusia. Hari-hari ada je tak puas hati kat orang. Kan?
Padahal bila pikir balik, orang tu tak ada kacau hidup kita pun. Kadang-kadang tu bukan setakat tak kacau hidup kita, kenal kita pun tidak.
Entah mende entah. Lepas tu kita dok sebok tak puas hati.

Nak latih diri kita.
Tak payah cakap keburukan orang untuk sehari.
Lepas tu cuba pulak untuk tiga hari.
Dan seterusnya tujuh hari.
Last sekali, sampai bila-bila.

Aku pernah try.
Tak sampai sehari, ada je benda nak cakap hal orang. Haih.
Tak cakap depan-depan, dalam hati pun dah terdetik nak mengutuk hal orang.
Astagfirullahalazim.

Penyakit hati ke apa tu.

Lepas ni, memang kena ingatkan diri.
Orang tak kacau hal kita, buat tak tahu je la. Kan?
Kalau dia kacau hal kita sekalipun, buat tak tahu jugak la.

Lain lah kalau setiap kali bercakap hal orang, berat boleh bertambah.

Apa? Berat dosa?

Hmmmm.

No comments: