15.12.14

Berapa kita patut bayar

Semua orang tahu, dalam dunia ni tak semua orang suka kita. Engko buat la baik macam mana sekalipun, kalau orang tu dah tak suka memang dia tak suka la.
Kadang-kadang orang tak suka kita tanpa sebab pun. Duduk tak duduk tetiba dia tak suka kita. Mabukkk ke apa.

Kalau la kat dunia ni, dah memang ditetapkan kita patut membayar sekian-sekian nilai untuk buat orang suka kita. Haih.
Memang jatuh miskin kot. Tak pun kalau yang tak mampu nak bayar, memang sah-sah la orang tak suka.

Entah la. Aku cuma nak cakap aku tak pandai nak ambik hati orang. Memang langsung tak reti. Nak membodek pun tak reti. Bagi aku, kalau aku rasa dah buat apa yang patut, engko masih tak boleh nak terima, engko masih tak suka, nak buat macam mana.

Teruskan la hidup kita macam biasa. Jauhkan je la diri dari matnusia-matnusia yang tak suka kita.

Hmmmm.

No comments: