1.12.14

Dah nak habis setahun

Dah masuk bulan doblas ni baru rasa nak pikir balik apa benda aku dah buat sepanjang 2014.
Bila tengok-tengok balik macam tak ada buat apa-apa pun untuk diri sendirik.
Tambah pulak sekarang memang dah tak suka dan malas nak ingat apa benda yang dah jadik dalam hidup.
Biar benda best ataupun tak best sekalipun.

Satu je yang aku tahu.
Hari-hari buat benda sama.
Sampai kadang-kadang rasa nak mengamuk kat diri sendirik.
Isnin sampai Jumaat.
Bangun pagi. Pergi kerja. Balik kerja. Tido.
Sabtu sampai Ahad.
Bangun tido. Tido. Bangun tido. Dah Isnin balik.
Ulang benda sama dari Januari sampai Disember.
Gila aku dibuatnya.

Apa benda entah.
Kan?

Hmmmm

2 comments:

cik nadiakeeza said...

haha.. aku pun dah lama malas pikir ape yang aku buat untuk diri sendiri..

lalink7 said...

carila peneman in sha Allah akan lebih warna warni idup kita.. ;)