18.12.14

Kalau dah percuma, apa salahnya

Orang cakap kalau nak berangan, berangan je. Bukan kena bayar pun. Dan tak salah. Dan paling penting, tak kacau hidup orang.

Jadik,
Aku berangan jadik pengantin setiap kali bukak gambar pengantin.
Aku berangan dukung anak pergi pasar malam setiap kali aku jumpa orang bawak anak kat pasar malam.
Aku berangan sibuk buat kerja rumah macam surirumahsepenuhmasa tu ha.

Benda percuma, tak kena keluar duit, berangan pun jadiklah.

Tak sampai seminit berangan, aku kesat mata.

Kah kah kah. Kesian betul.

Tak semua benda free ni best rupanya.

Berhenti berangan dan mula tadah tangan berdoa.

Kalau jadik kenyataan, Alhamdulillah.
Kalau sebaliknya sekalipun, terima kasih Allah hantarkan anak-anak buah yang comel. Maksu sayang semua. Macam anak kandung. Walaupun tak duduk dalam perut Maksu. Kemain engko. Muahaha.

Dan Alhamdullillah masih dipinjamkan dua insan kesayangan untuk dicurahkan semuaaaaaaaa kasih sayang. Belom sampai masanya untuk ada dua Mak dan dua Abah.

Aku tak pernah ada masalah bila orang mula tanya, "Bila lagik?"
Setiap kali depa tanya, aku akan berangan. Sibuk berangan sampai tak sempat nak kecik hati, sedih, ataupun naik angin.

Betul. Tak tipu.

Sambung kesat mata.

No comments: