23.12.14

Kalau tak tahu, tanya. Gheti?

'Malu bertanya, sesat jalan.'
Semua orang tahu yang tu. Waktu belajar dulu, lepas je cikgu ajar dan terangkan semua benda, mesti dia akan tanya pelajar dia ada benda yang tak paham tak. Kalau tak paham, tanya. Ada la 2 3 orang yang akan tanya. Selebihnya, sama ada memang paham ataupun langsung tak paham sebab tu tak tahu nak tanya apa. Bila yang 2 3 orang tu tanya, urut dada tanda lega. Sebab engko pun tak paham yang tu kan. Dan bila jawab exam, mengarut je engko tulis dalam kertas jawapan kan. Sedih. Kah kah kah.
Itu la, waktu dalam kelas mengelamun. Sapa suruh. Kalau subjek Matematik, satu step kita tak paham, memang step seterusnya akan ada masalah. Dan mungkin akan sesat jalan. Jalan penyelesaian la tapinya. Tapi seingat aku, aku paling suka soalan yang pesen suruh buktikan buktikan tu. Jalan kira kemain mengarut, tapi bawah sekali tulis 'Terbukti'. Nak kena tumbok?

Sama jugak macam hari ni. Orang Kedah kata suka buat palatau. Tak tahu tapi buat-buat tahu. Pandai mereka cerita. Pandai buat kesimpulan sendirik. Tak tahu hujung pangkal tapi dia sibuk sampaikan cerita dari sorang ke sorang ke sorang yang lain dan seterusnya. Tapi sebenarnya, ada benda yang kita boleh tanya, dan ada benda yang kita tak patut tanya pun. Kalau hal peribadi orang, ada elok tak payah tanya la. Nampak macam menyebok. Dah namanya pun hal peribadi, kita memang tak ada hak langsung nak tanya itu ini, nak ambik tahu lebih-lebih apatah lagik nak menyampai-nyampai cerita. Hal-hal macam tu, kalau kita tak tahu pun tak menjejaskan hidup dan menyesatkan jalan kita. Melainkan kita matnusia yang pesen kalau tak tahu hal peribadi orang, badan kita akan naik kudis gatal-gatal. Ha. Engko pikir la sendirik kalau yang tu. 

Tak. Masalahnya sekarang, bukan itu yang aku nak taip dan mengarut. Aku cuma nak tahu, patut ke tidak kita tanya pasal perasaan seseorang terhadap kita? Ye la. Kalau tak tanya, tak tahu kan. Sudahlah tidak tahu, tak paham pulak tu. Ye. Aku paling tak suka dan tak reti nak memahami perasaan orang terhadap aku. Kalau jenis yang memaksa aku untuk paham jugak-jugak, selalunya banyak yang aku pikir negatif la. Tak suka. Benci. Menyampah. Ha. Itu yang aku akan pikir. Kalau pikir positif, nampak macam syok sendirik pulak kan. Tak sedap la. 
Jadik sekarang, patut ke tak patut kita tanya hah?? Ke kita patut mendiamkan diri dan tunggu sehingga semuanya mereput. Mereput bersama ego kita sendirik. Mungkin la.

"Kena la tanya. Hang jangan dok buat palatau bulih?"
"Oh. Ek. Kalau tanya, tapi tak berjawab dan disuruhnya kita berteka-teki?"

Haih.



2 comments:

alien said...

Tanye je lah. Mana la tahu kannn

zaipang said...

pakai la waze