5.12.14

Paling malas letak tajuk

Orang cakap kalau kita banyak suka sangat, ada la tu kejap lagik nak nangis.
Waktu kecik-kecik dulu, kalau 'merenyeh', Mak mesti marah. Dia cakap "Satgi ada la tu ada yang reyau."

Merenyeh kat sini, orang Kedah maksudkan ialah melawak tak tentu hala. Kot. Aku hentam je. Entah-entah dalam rumah kami je yang guna perkataan tu.

Jadik, aku tak tahu konsep tu boleh diterbalikkan ke tidak.
Harapnya boleh.
Kalau tak boleh pun, aku nak jugak cakap boleh.
Maksudnya bila kita banyak sangat menangis, ada la tu benda gembira yang nak jadik.
Boleh la tu. Kan.

Satu je aku nak cakap sekarang.
Pastikan tangisan semalam boleh buat kita tersenyum bila bangun esok pagi.
Dan senyuman tu adalah yang paling manis sekali.

Benda pahit semalam, dah boleh pergi berambuzzzzzzz.

1 comment:

ewanthology said...

yg lepas biarlah lepas.