24.12.14

Rindunya zaman blogging yang dulu

Kat ofis sekarang dah boleh bukak blog.
Tapi kejap boleh kejap kena block. Mengantuk buat kerja, aku bukak blog. Amboi. Kemain curik tulang.
Dah lama tak jalan-jalan kat blog. Blogwalking giteww.
Bukak pakai henfon, keinginan nak merewang-rewang kat blog orang selalu terbantut. Bukak pakai pc ni rajin sikit.
Rindu gila kot zaman berblog macam dulu-dulu. Baca entri pun kita dah rasa kita dah rapat dan kenal lama dah dengan blogger-blogger. Padahal tak pernah jumpa pun.
Rindu zaman main tag-tag tu.
Rindu zaman yang ada award-award yang blogger kasi lepas tu tampal kat blog kita tu.
Rindu zaman blogger gathering. (padahal tak pernah join pun)

Macam aku pernah cakap dulu, dah banyak yang berubah dalam hidup kita semua.
Bila tengok entri lama-lama, dah tahu. Betapa kita merancang, Allah jugaklah sebaik-baik perancang.
Kalau dulu hari-hari buat entri pasal bahagianya kita dengan pasangan kekasih kita. Tup tup mamat yang kita tak suka tu la yang jadik suami tersayang. Bertungkus lumus kita delete entri lama. Ehhh. Itu contoh je. Muahaha.

Itu semua kenangan. Pahit manis tunggang terbalik. Semua ada.
Rindunya.
Hmmm.