12.12.14

Tak payah tunggu lah senang.

Haah. Tajuk memang kena letak panjang.
Ada orang cakap, penantian itu satu penyeksaan. Ye la. Memang semua orang tak suka menunggu atau menantikan sesuatu. Benda kalau main dengan masa, engko jangan ambik sambil lewa. Masa mana boleh ganti balik. Masa mana boleh bayar dengan duit. Kalau engko kaya gila nak mati sekalipun.

Tapi aku lagik sanggup menunggu daripada buat orang menunggu aku.
Macam aku cakap, aku suka sangat risau tak bertempat.
Jadik, kalau aku buat orang tertunggu-tunggu aku, memang aku jadik risau gelabah macam onggiler.

Kalau nak pergi mana-mana, memang lagik suka pergi sorang-sorang kot. Pasal aku lembab, lembab nak buat keputusan. Kalau susah nak buat keputusan, memang aku ambik masa 2-3 jam termenung baru boleh buat keputusan. Tak pun. Langsung balik rumah tanpa buat keputusan.
Bayangkan lah kalau aku keluar berteman, dan buat perangai macam tu. Risau pulak kalau orang yang teman tu ambik keputusan untuk tumbuk dahi aku laju-laju.

Selain lembab buat keputusan, aku selalu nak cepat. Pulak dah. Lembab pikir tapi nak cepat. Amende. Kan? Ha! Sebab tu la aku suka bergerak seorang diri. Pergi tempat yang aku betul-betul ada tujuan pergi situ. Kalau pergi berteman, entah la. Rasa tak best. Kecuali aku yang kena teman. Tak rasa terkongkong. Pasal kita ikuttttt je orang. Kita tungggggu je orang. Cuba kalau aku paksa orang ikuttttt dan tunggggu je aku, nak ke sana-sini pun asek risau takut orang tu bosan dengan kita.

Tak. Sebenarnya tadi aku cuma nak cakap apa yang orang selalu cakap.

Penantian itu satu penyeksaan.


Pada aku, ada lagik benda yang paling menyeksakan. Iaitu, engko tak tahu sebenarnya engko tengah tunggu apa.


Itu je.
Hmmm.

No comments: