17.1.15

2015 dan masih konfius

Cemburu lain.
Jauh hati tu lain.

Nak contoh?
Ok. Contoh kalau engko hari-hari nak cerita pasal istimewanya ex engko. Tak ke berdesing je telinga mendengarnya. 

Eh salah. Taknak la kasi contoh macam tu. Ok kasi contoh paling mudah. Hari-hari balik sekolah, tengah sedap kita tengok tv, Mak pun membebel;

"Balik sekolah ja ngadap tv. Anak oghang lain balik sekolah ngadap buku. Anak kita mengaji tak tera mana pun. Dah la mengaji tak tera mana, penyegan sampai tak boleh suruh buat apa. Anak oghang lain umoq baya ni masak nasik lipat kain pun boleh harap aih."


Ha. Panjangnya Mak beletiaq. Muahaha. Macam pernah kena je. Ha kalau hari-hari Mak bandingkan dengan anak jiran, mestilah kita jauh hati kan. Aku tak rasa yang kita akan cemburu. Nak cemburu padia lagik. Kan?


Ok. Contoh mula-mula tu macam boleh diterima jugak. Ek.

Aku cuma nak cakap yang cemburu dengan jauh hati ni lain. Langsung tak sama. Kot la konfius lagik.

Tapi kalau dapat pasangan yang cemburu buta tak tentu hala, mohon lempang.
Ataupun kalau engko sendirik yang suka buat pasangan cemburu, lempang la diri sendirik.

Apa? Cemburu tanda sayang? Mereput la sana.

No comments: