29.1.15

Mak dan soalannya (IV)

Kali ni aku betul-betul nekad.

Pagi tu kami jalan kaki pergi kerja sama-sama.

Aku bukak mulut, "Mak tanya, bila awak nak datang rumah jumpa Mak Abah."

Masa tu jalan bising sangat. Bunyi enjin bas dan hon-hon. Dia dengar tak dengar suara aku.

Kami lintas jalan. Belum sempat sampai ke seberang jalan, aku toleh belakang. 
rupa-rupanya aku jalan sebelah orang lain tadi.

Aku merengus dan marah bas dan orang yang hon-hon ni. Tapi dalam hati je la.

No comments: