10.2.15

Tak ada sapa pun suruh

Aku selalu letak harapan tinggi.
Dalam apa benda sekalipun.

Ok la. Dia sebenarnya tak macam harapan sangat.
Lebih kepada bayangan/imaginasi. Eh? Agaknya la.

Contoh;

Engko ada tempah satu baju kat akak tukang jahit ni.
Baru pergi tempah tak sampai sejam, balik rumah engko dah bayangkan rupa engko kalau pakai baju tu. Cantik gila. Kalah model.
Tak. Sebenarnya waktu nak pilih kain lagik dah engko dah beria bayangkan.

Sebulan kemudian, baju pun siap. Engko pun eksaited nak amik.
Balik rumah cuba pakai dan gayakan. Tetiba tengok cermin, engko kata dalam hati, "Hmmm. awat nampak macam orang tua ja. Tak sesuai langsung ngan muka aku."

Engko down. Sedih tahap nak makan pun tak lalu.


Ye. Aku selalu macam tu. Bila apa yang aku harap dan bayangkan jadik tapi benda lain yang jadik. aku jadik down sangat-sangat. Normal kot. Aku rasa semua orang pun macam tu kan.

Memang orang akan cakap, ada la tu hikmahnya. Takkan sesaja Tuhan nak suruh jadik macam tu.
Itu aku pun tahu.

Tapi kira salah kita jugak la kan. Sapa suruh mengharap sangat-sangat kan. Tak ada sapa suruh pun.
Bila tak ada sapa yang suruh, aku pun harap aku tak jumpa dengan matnusia yang suka bagi aku harapan dan lepas tu blah cenggitu. 

Itu je. 

3 comments:

Nizam.Ariff said...

Harapanlah yg membuatkan manusia terus ke depan.....

Anonymous said...

aa

Anonymous said...

salam, ni shafarina ramli ke? kalau ye, ni sy khuzaifah budak yg hari hari beli metro masa kat gerik dulu. sy hilang no akak, kalau tak kisah, blh miscall sy 0192441955. terima kasih.