17.3.15

Jodoh

Aku tak ada apa sangat nak cakap pasal jodoh.
Pasal belom bertemu jodoh. Ek?
Mungkin dah lama jumpa, masa je belom sampai. Ye. Mungkin.
Pasal jodoh ni salah satu benda ghaib yang Dia dah tetapkan dan kita tak pernah tahu.

Cuma yang aku selalu dengar, orang akan cakap "muka sama, mesti jodoh panjang."
Abeh kalau muka tak sama atau tak ada iras macam mana. Korang ni pun satu. Heh.
Lagik satu orang selalu cakap, kalau ada hobi, minat, atau apa-apa persamaan mesti jodoh kuat.
Abeh orang yang langsung tak ada persamaan tak ke kecik hati mendengarnya.
Kakaka. Itu la. Benda jodoh ni memang kita tak boleh nak jangka.

Aku cuma fikir, dalam tempoh 27 tahun ni elok je duduk ngan Mak Abah. Makan minum, minat, perangai dan semua benda pasal kita, semua Mak Abah paham.
Tup tup bila dah kawen, hmmm .( paham-paham je la)

Apa pun jadik, aku harap sapa pun yang berjodoh dengan kita ni, dapat terima kita seadanya. Bahagia sampai "kun fayakun".

InsyaAllah.

*hari hari aku cuba carik dan peghati laki mana yang sama muka dengan aku. Lol

2 comments:

Pisey said...

Jodoh saya Aizat. Muka sama. Sekian.

Pisey said...

*hantar rombongan rumah Aizat*