20.4.15

Tak ada tajuk sesuai

Waktu belajar dulu,
Di sekolah; cakap nak selesaikan homework kat rumah/hostel.
Di rumah/hostel; cakap nak selesaikan homework kat sekolah je la. Boleh copy kawan. Ekkk. Hahaha

Waktu kerja sekarang,
Bila otak aku penuh dengan benda-benda yang buat fikiran terganggu, aku selalu rasa tak sabarnya nak balik rumah nak tido dan tak nak ingat apa-apa langsung pun.
Tapi bila sampai rumah, konon nak tido dan lupa semua benda, jangan harap kau boleh tido nyenyak.
Dan waktu tu aku harap sangat cepat la pagi. Nak bangun nak pergi kerja dan persetankan semua benda yang buat otak aku sesak.

Last-last berhari-hari benda tu terngiang-ngiang dalam otak.
Badan jadik tak bermaya.
Buat kerja kat ofis tak banyak mana pun.
Fikir benda tak penting je lebih.

Ke emosi perempuan mudah diganggu?

Haih.

*cabut otak*

No comments: