13.4.16

Merajuk & Menyesal


26 Mac 2016
Petang tu aku tergedik-gedik nak turun duduk tepi laut tapi dia cakap dah nak Maghrib.Lepas tu dia sambung tarik selimut dan pejam mata. 

"Takpe la kalau dia tak mau p, orang p sorang."

"Ha pergi la kalau dia berani."

Gila tak rasa tercabar. Nampak je dia buat tak tau pejam mata tarik selimut, aku pun apa lagik. Pakai tudung amik fon amik purse.

Lepas bunyik pintu baru dia kalut nak bangun sambil terjerit-jerit Maksu!! Maksu!!

Sori. Terlambat dah.

Padahal dalam hati Tuhan saja yang tau. Dari bilik aku nampak laut ni sebelah kiri. Bila turun bawah, hamik hang. Tak tau belah mana satu hal. Jalan tempat orang satu hal. Dengan nak lintas jalan dah terketaq-ketaq. Tapi pikiaq rasa tercabar tadi tu buat-buat berani je la.

Masa nak lintas jalan pun terus pikir kalau eksiden mati macam mana. Mesti berdosa dengan laki sendirik. Balasan bini ketegaq.
Bila dah sampai tepi laut tu, reti pulak aku nak toleh-toleh belakang konon laki dok ligan dari belakang. Jangan mimpi!!

Last-last toleh tengok eh ada la laki aku. Dari jauh dah nampak tapi dia tak nampak aku rupanya. Kesian. Kita pulak yang kena p kat dia. Ni sapa yang patut pujuk sapa. 

"Ha mesti dia tercari-cari orang. Tu la ajak turun tadi taknak. Lepas tu sebok ikut orang. Mesti dia risau kan?"

"Tak ada maknanya la. Kita memang nak datang sini pun. Dia dah la keluar bilik tak mintak izin suami."

"Dah dia yang cabar orang. Sapa suruh."

"Amek la beg dia ni. Berat!!"

Sebab dah terbiasa bebai kat Mak lepas tu Mak pujuk, dengan laki sendirik pun nak bebai jugak. Tapi tak pujuk pun. Sebenarnya rindu Mak. :(


No comments: