18.11.16

TTC yang tak berapa TTC



Tak ada apa nak cerita sangat. Sebab nak kata aku ni golongan yang berTTC pun, tak jugak. Ditambah pulak dengan PJJ. Sekadar amik tau serba sikit je la. Lagipun kat rumah sewa tak ada tv. Internet je la hiburan di kala sunyi. Sedihnya hidup kan. Hahaha. So bila boring je, cari bacaan pasal TTC. Orang lain buat, aku pun sibuk nak buat. Walaupun aku rasa macam tak ada fungsi. Kalau dah Allah kasi rezeki bunting pelamin hari tu, mesti aku dah tak amik kisah apa itu BBT, BD, DPO, OPK, ovatel, clomid dan banyak lagik la. Tapi aku belom sampai tahap orang yang buat rawatan itu ini tu. Dan tak ada sangat pengetahuan pasal tu.

1) BBT
Gigih gila beli termometer kat lazada. Itu pun beli yang 1 decimal. Sebab ingat saja-saja je nak try.  Tiap-tiap pagi bangun amik suhu. Sampai housemate kata "Gigihnya Sha buat benda ni."  Hahasobsob. Tak kasi semangat langsung. Padahal dia pun baru kawen & PJJ. Nurse O&G pulak tu. Jangan la downkan usaha orang kan. Orang lain buat BBT ni nak tau O. Tapi aku pulak sebok nak tau bila nak peot. So bila period delay 2 3 hari tapi suhu dah merudum, tak ada la nak mengharap sangat. Mengharap nak period je la jawabnya.

2) BD time subur
Ni kesian sikit pasal tak pernah kena timing. Kadang pulun jugak la cek apps tu bila time subur lepas tu cek pulak kalendar time tu balik JB ke tak. Eh pening la aku nak susun timing pulak. Kena jugak tengok kewangan, kudrat nak balik ke tak kan. Last2 layankan je la. Dah rindu, balik je la bebila pun. Peduli la dengan semua kalendar ke apps ke. Time gaduh, tak hingin la aku nak balik. Kakaka

3) OPK
Ni beli 20 strip je kot. Guna baru 3 4 batang camtu. Lepas tu dah malas. Sebab dulu ada member pregnant lepas dia guna ni. Rezeki dia. Dia cakap aku patut guna. Dalam kepala otak aku, "Ala kalau dapat dabel line pun nak buat apa?". Kan. So yang ni paling hangat-hangat taik ayam kot.

4) Mengurut
First time dalam hidup pegi urut. Kat mesin urut pun aku tak pernah try tau! Jakun jugak la bila jumpa akak urut tu dia tanya ada masalah apa. Tak ada masalah ka. Saja. Usaha kan. Mana la tau ada tak kena. Tapi tak sakit langsung akak ni urut macam orang selalu cerita tu. Sampai aku pikir, eh akak ni urut ala kadar je ke sebab dia tau aku tak pernah kena urut. Hahadoi.

5) Tido angkat kaki/ letak bantal/ jangan terus bangun
Banyak jugak yang bagitau petua ni. Sampai Din paiman pelik dan tanya apa aku buat tu. Last2 dia cakap, "Ala kalau ada rezeki Allah nak kasi kan ada jugak. Dah la tido la. Dah macam apa je gaya".
Hmmm k. Zzzzz tido.

Apa pun, harapnya ada la rezeki untuk semua yang tengah tunggu2 tu. Insyaallah. Kalau ada sesapa yang terbaca, doakan eh.

No comments: