17.11.17

Berbadan dua. Eh eh tajuknya.

Setahun yang lepas, pagi-pagi lepas bangun tido, aku tergerak hati nak buat UPT. Sebab period dah delay seminggu + result BBT memang suhu tak turun-turun. Malam sebelum tu dok pikir nak buat ke tak nak. Takut kang sendiri yang kecewa kalau negatif.

Bangun je tido terus buat. Dan ya, Alhamdulillah positif. Kebetulan time tu ada satu je UPT stik tu. Tu pun budak ofis kasi. Lepas je tengok double line, tangan terus terketar-ketar, mata dah berair, jantung berdegup kencang. Hahaha. Over kan. Rasa macam tak percaya. So mandi cepat-cepat dan solat Subuh. Terus snap gambar hantar kat DinPaiman. Dia tu apa pun tak tahu bila tengok gambar aku wassap tu.
Kitorang macam 50-50 nak hepi ke tak. So tak ada la nak bagitau sapa-sapa sampai la tiga bulan kot baru bagitau Mak mertua, Mak dan Kakchik. Orang lain sapa pun tak tau. Budak ofis pun dah lima bulan baru tau.

Lepas je tau, dalam kepala otak ni terus pikir macamana nak hadap morning sickness sorang-sorang, macamana kalau ngidam apa-apa nak kena pergi beli sendiri, macamana nak jalan kaki pergi balik kerja naik LRT, macamana nak bersalin. Haaa jauh kan aku pikir. Padahal baru satu hari tau yang aku ngandung. Itu pun belum confirm.

Tapi sepanjang mengandung, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari 1st trimester sampai 3rd trimester semua aku rasa mudah.

Mengidam - tak la teringin benda susah dapat. Paling tak boleh lupa teringin buah cermai. Sampai search kat facebook, pm pulak orang tu mintak beli. Padahal entah sapa-sapa entah kat negeri mana dia duduk. Ada yang sanggup nak hantar kat rumah sewa tapi aku taknak. Kesian nak susahkan orang. Last-last abah pos dari Kedah. Makannya tiga empat biji je.

Morning sickness - Alhamdulillah tak selalu sangat. Pening-pening, muntah-muntah pun berapa kali je. Boleh kira dengan jari. Tapi lapar tengah malam bangun makan sambil lap air mata sambil usap perut. Hahaha. Tak tau pasaipa emo.

Antenatal check up - Alhamdulillah dipermudahkan jugak. Mula-mula nak bukak buku pink je macam leceh sikit. Lepas tu jalan kaki pergi Klinik Kesihatan sampai 15 minit pun takdehallllll. Lepas lima bulan dah pindah kliniknya, naik uber grab je. So, sangat-sangat dipermudahkan.

Sampai la dah hujung-hujung nak bersalin, rasa goyang sikit. Sebab overdue. Dalam kepala dah pikir mesti sebab selalu buat salah kat laki. Lol.

Apapun, Alhamdulillah. Pengalaman setiap kali kita mengandung dan bersalin pun lain-lain inikan pulak pengalaman setiap orang.

Dah macam dalam drama pulak aku rasa bila doktor cakap, "Congrats, wife you pregnant." Hahaha

No comments: