25.1.19

Alhamdulillah. 31


Alhamdulillah dipanjangkan umur sampai ke hari ni. Dah tua dah aku rasa. Anak buah yang dulu halus halus boleh penyek  penyek sekarang semua dah besaq. Cepatnya la masa berlalu.
 
Sebenarnya malu betul dengan diri sendiri. Time belum ada anak dan masih berPJJ dulu penat-penat kerja pun, aku masih boleh mengaji walaupun sehari 10 ayat. Surah Kahfi setiap Jumaat pun tak pernah missed. Hari-hari buat Dhuha mintak Allah rezekikan zuriat cepat-cepat. Cepatkan rezeki untuk tinggal sekali dengan laki. 

Sekarang ni bila dah banyak masa kat rumah, kejap buat kejap tak. Apa la aktiviti yang buat aku sibuk tak ada masa sangat tu kan. Padahal kadang tu scroll fb ig segala tu nak dekat sejam. Ke sebab aku dah rasa cukup selesa. Malu betul rasa. Time susah time nak apa-apa baru nak ingat Allah *tepuk dahi*

Apapun, masih belum terlambat kan. Semoga dengan bertambahnya usia ni, amalan pun bertambah la. Insyaallah.



No comments: