18.8.18

Selamat Satu Tahun Sayang Ibu


26 Julai 2018 hari tu genap Muhammad Aqil setahun. Baru teringat aku ada blog. Eh.


Setahun jugak la aku dah berhenti kerja dan officially bergelar SAHM. Ecece. Perasaan tu bercampur baur sebenarnya.

Hepi
Sebab boleh ngadap anak doplohat jam. Baru betul-betul rasa macam dah kawen sebab dah duduk sekali dengan suami dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Jaga makan minum pakai semua. Sebab dari awal kawen dah PJJ. Semua makan pakai dia mak mertua yang uruskan. Bila dah duduk sekali ni lain sikit eh perasaan dia. Jauh jauh dulu rindu. Bila dah dekat ni kadang kadang tu ada jugak la masam muka la menyirap la. Sampai kes tak isi air dalam botol dalam peti ais pun nak gaduh okehhhh. Hahaha.

Bosan
Sebab dah jauhhh dari kawan kawan. Duduk dalam rumah berdua je weh time laki p kerja. Dah tak boleh membawang lagi dah. Harapkan kat group wassap je la. Itupun dua tiga hari baru aku nak bukak wassap. Memang tertinggal cerita hot la jawabnya. Tapi bosan tu time awal awal je la. Bila dah banyak kerja rumah nak kena setelkan, dah tak sempat nak bosan bosan lagik dah.

Sedih
Ni masa mula mula benti kerja dulu. Bila ada yang cakap cakap hal kewangan. Ye betul memang dah tak sama macam time aku kerja dulu. Dulu nak beli apa pun boleh. Tapi sekarang kalau nak beli yang bukan bukan, nanti aku rasa bersalah kat Dinpaiman. Sebab tak biasa. Paling sedih bila ada yang cakap nanti dah kurang la sorang yang dok bagi duit bulan bulan kat mak. Time tu aku rasa macam teruk sangat ke aku ni. Padahal mak tak cakap apa pun. Orang lain yang sibuk. Haih. Entah la.

Ehhh. Dah kenapa melalut ni.

Ok la. Selamat satu tahun sayang ibu. Semoga jadi anak yang soleh.
Ibu sayang Amat Aqil.



No comments: