26.7.19

Buah hati ibu

Buah hati Ibu dah dua tahun hari ni.
Jam dah nak dekat pukul 1 pagi. Ibu masih tak boleh tido. Pusing kanan pusing kiri. Lamaaa ibu pandang anak ibu. Kejap cium. Kejap usap rambut. Cium balik. Cepatnya anak Ibu dah dua tahun. Rasa tak puas lagi nak tengok anak Ibu besar macam ni je lama-lama. Walaupun ada masa Ibu Abah menyirap dengan perangai dia tapi lepas tu mesti rasa menyesal marah-marah. Rasa sedih. 😂

Apa pun, Ibu doakan yang terbaik untuk anak Ibu. Hidup dipermudahkan dan diberkati Allah. Semoga menjadi anak Ibu Abah yang soleh.

Ibu sayang Baby




No comments: